Kemalangan | Jambatan gantung runtuh, dua wanita maut di Serbia

  • 2 tahun lalu
Dua wanita dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 10 orang cedera pada Khamis selepas jambatan gantung runtuh ke dalam sungai di tengah Serbia.

Menurut laporan media tempatan, kemalangan berlaku di bandar Ovcar Banja apabila sebuah bas yang dilaporkan membawa pengunjung dari Bosnia berhenti untuk berehat berhampiran jambatan di atas sungai.