Pembubaran DUN | Amirudin tidak buat permintaan kepada Sultan Selangor

  • 2 tahun lalu
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan memaklumkan, menerusi sesi menghadap pada 11 Okt lepas, Amirudin tidak membuat permintaan itu dan berhasrat meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.