PRU15 | Keputusan tak bubar DUN, kerjasama PN dicapai tanpa bantahan

  • 2 tahun lalu
Keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memilih mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dicapai tanpa sebarang bantahan selepas Pas bermesyuarat lebih empat jam di ibu pejabat pada Khamis.

Begitu pun, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau tidak boleh mendedahkan alasan Pas untuk tidak membubarkan DUN di Terengganu, Kelantan dan Kedah.