[TERKINI] Status DUN Pahang diketahui selepas bajet negeri diluluskan

  • 2 tahun lalu
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, status Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan diketahui dalam masa terdekat selepas Bajet Pahang 2023 diluluskan.

Katanya, keutamaan buat masa ini adalah untuk meluluskan bajet yang dibentangkan pada Jumaat lepas, supaya perancangan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat menerusi bajet itu dapat dilaksanakan.