PRU15 | Kini masa untuk rakyat bertindak, selepas sekadar menonton
  • 2 tahun lalu
Sudah tiba masanya untuk rakyat menyatakan penilaian dan pendirian mereka terhadap segala ‘drama politik dan demokrasi’ yang disaksikan sejak sepenggal yang lalu, dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan kunjung tiba.

Kata Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin, selama ini rakyat sekadar menonton ‘permainan’ para politikus di pentas berbeza dan kini mereka dapat bertindak dengan kuasa mengundi yang dimiliki untuk sekali lagi menentukan masa depan negara.
Disyorkan