[TERKINI] Air pasang besar landa Kuala Kedah sekali lagi
  • 2 tahun lalu
Fenomena air pasang besar sekali lagi melanda Kuala Kedah sehingga air laut mencecah setinggi 2.92 meter, pada awal pagi Selasa.

Pegawai Agensi Pertahanan Awam (APM) Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata bacaan paras air laut itu adalah yang tertinggi setakat ini berbanding sebelumnya.