Kerajaan Sementara | Menteri Kabinet masih berfungsi seperti biasa

  • 2 tahun lalu
Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker' dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan pada Isnin.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bagaimanapun berkata kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

Disyorkan