COVID-19 | Penduduk Eropah berdepan tekanan masalah mental

  • 2 tahun lalu
Bilangan individu di Eropah yang melaporkan kondisi kesihatan mental yang 'buruk' atau 'sangat teruk' meningkat semasa pandemik COVID-19 walaupun selepas perintah berkurung tamat.

Tinjauan Agensi Kesatuan Eropah Eurofound terhadap 200 ribu individu mendapati, ia meningkat dua kali ganda daripada 6.4 peratus pada Mac 2020 semasa permulaan krisis kepada 12.7 peratus dua tahun kemudian selepas sekatan dilonggarkan.