Tuntutan Waris Sulu | Kerajaan giat laksana tindakan komprehensif

  • 2 tahun lalu
Kerajaan kini sedang giat melaksanakan tindakan yang komprehensif dalam menghadapi semua tindakan perundangan berkaitan tuntutan pihak yang mendakwa mereka waris Kesultanan Sulu di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan terbaharu di Belanda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata terkini, pasukan peguam penuntut dalam proses untuk menguatkuasakan ‘final award’ oleh Dr Gonzalo Stampa di Belanda bagi menuntut melalui proses sitaan aset syarikat-syarikat Malaysia di sana.

Disyorkan