Media berkumpul luar Istana, tunggu PM mengadap Agong
  • 2 years ago
Sejumlah pengamal media berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara seawal jam 7.30 pagi tadi berikutan laporan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan jika Ismail akan memohon perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen, beliau memang dijadual menghadap Agong pada pukul empat petang ini.

Sekitar jam 2 petang tadi, kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia turut dirakam memasuki kompleks Istana Negara.
Recommended