Hak Pekerja | 150 bekas petugas Utusan Melayu tuntut keadilan

  • 2 tahun lalu
Nasib bekas kakitangan Utusan Melayu dari semua jabatan dan anak-anak syarikat masih tergantung selepas penutupan akhbar tiga tahun lalu.

Kira-kira 150 bekas petugas berkumpul dalam satu pertemuan di hadapan bekas ibu pejabat syarikat penerbitan itu di Jalan Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Pertemuan itu bagi memperingati apa yang digelar kakitangan sebagai kematian syarikat akhbar Melayu tertua yang ditutup operasi menerusi satu notis singkat pada 29 September 2019.

Disyorkan