PRU15 Tahun Ini | Tiada jaminan UMNO akan menang

  • 2 tahun lalu
Tiada jaminan bahawa UMNO akan menang besar jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetap diadakan pada tahun ini.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpandangan, UMNO ketika ini masih percaya dengan teori bahawa parti itu mampu mengulangi kejayaan di PRN Johor dan Melaka.

Namun hakikatnya, rakyat khususnya pengundi di atas pagar sedang memberi reaksi terhadap isu-isu semasa termasuk rasuah dan keadaan ekonomi, yang kemungkinan besar menjejaskan kemenangan UMNO.

Disyorkan