Keamanan Global | Malaysia negara ke-18 paling aman di dunia

  • 2 tahun lalu
Malaysia berada di kedudukan 18 daripada keseluruhan 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang diterbitkan Institute for Economics and Peace (IEP).

Ia merupakan peningkatan empat anak tangga berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya.

Selain itu, Malaysia berada di kedudukan keempat di peringkat Asia Pasifik di belakang Singapura, Jepun dan New Zealand.