Taufan Fiona | Bantuan keselamatan, kerja pembersihan digerakkan

  • 2 tahun lalu
Penduduk di wilayah timur Kanada meluangkan hujung minggu ini dengan membersihkan rumah masing-masing selepas Taufan Fiona membadai dan menghanyutkan kebanyakan infrastruktur pada Sabtu.

Tentera juga dikerahkan bagi menghantar bantuan asas ketika ratusan ribu penduduk masih tidak mendapat bekalan elektrik dan kekurangan bekalan makanan dan minuman.