Curi Barang Kemas | Lelaki larikan gelang RM30,000 ditahan

  • 2 tahun lalu
Tidak sampai satu jam melarikan seutas gelang emas bernilai 30 ribu ringgit dari sebuah kedai emas di Jalan Putra, Alor Setar, suspek lelaki berjaya ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, kejadian berlaku sekitar 5 petang Khamis dan perbuatan suspek dirakam dalam kamera litar tertutup, CCTV.