Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
  • 2 years ago
Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.