Kuari Runtuh | Operasi cari mangsa ditamatkan
  • 2 tahun lalu
Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditamatkan jam 6 petang pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata keputusan dibuat ekoran penemuan kedua-dua jengkaut, cebisan pakaian dan tulang manusia, dipercayai milik kedua-dua mangsa yang dilaporkan hilang ketika kejadian pada 8 Mac lalu.