Tangguh PRU | PAS tidak mahu PRU tahun ini

  • 2 tahun lalu
PAS kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 tidak sesuai diadakan pada tahun ini.

Naib Presidennya Datuk Idris Ahmad berkata, pandangan itu telah diutarakan sejak sekian lama, dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, jika perkara itu kembali berbangkit.

Katanya lagi, pandangan parti PAS adalah berlandaskan kenyataan pihak berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa negara berkemungkinan besar akan dilanda banjir besar pada penghujung tahun ini, terutamanya di beberapa negeri.

Disyorkan