Demam Babi Afrika | Pelupusan 88 babi di Kerian, Perak

  • 2 tahun lalu
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak melaksanakan pelupusan 88 ekor babi yang dijangkiti demam babi Afrika (ASF) dekat dua ladang komersial di Kerian.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata kerja-kerja pelupusan yang dijalankan mengikut piawaian ketat dan terkawal itu dijangka selesai hari ini.