Status Negara Tua | Kerajaan perlu perlu beri tumpuan kepada ekonomi penuaan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan dicadangkan agar lebih menumpukan sudut sokongan ekonomi penuaan terutama terhadap warga emas bagi menambah baik persediaan Malaysia menjadi negara tua pada tahun 2030.

Menurut Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Zumilah Zainalaludin, kerajaan perlu melihat dari sudut menyediakan warga emas yang aktif dan mampu menyumbang kepada negara.

Disyorkan