Hari Malaysia | Pegang nilai Keluarga Malaysia hadapi anasir jahat - PM

  • 2 tahun lalu
Cabaran yang dihadapi negara datang dari segenap aspek termasuk ekonomi, politik dan sosial.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai-nilai Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran harus terus dipegang bagi membina kekuatan dalam menghadapi cabaran dan gelombang arus globalisasi.