Hari Malaysia | Bot berhias tambah pendapatan nelayan

  • 2 tahun lalu
Kira-kira 200 bot nelayan mengambil bahagian di dalam pertandingan bot berhias di Sungai Kerang, Bukit Gantang, Perak sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, idea mengadakan pertandingan itu kerana tidak mahu nelayan berasa terpinggir daripada sebarang aktiviti nasional.