Kapal OPV APMM | PAC bebas laksana siasatan kelewatan aset APMM

  • 2 tahun lalu
Mana-mana jabatan atau agensi kerajaan boleh dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kelewatan penerimaan tiga kapal peronda luar persisir (OPV) , kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, perkara itu terserah kepada PAC sekiranya mahu menyegerakan siasatan membabitkan aset berkaitan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu.