Sejarah | RM4 juta diperlukan bina Galeri Kesultanan Melayu Jembal

  • 2 tahun lalu
Dana sebanyak RM4 juta diperlukan untuk membina Galeri Kesultanan Melayu Jembal yang bakal menempatkan penemuan sejarah dan catatan warisan institusi beraja yang pernah memerintah Kelantan pada abad ke-17.

Yang Dipertua Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Nik Yusuf Nik Mohammad berkata, penubuhan galeri itu bertujuan memastikan segala maklumat sejarah mengenai Raja Jembal yang memerintah Kelantan selama 95 tahun dari 1638 hingga 1733 dapat dipaparkan kepada generasi akan datang.