PRU15 | PM belum bincang tarikh dengan 'top 5' UMNO

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau belum berbincang dengan 'top five' UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Top five' itu merujuk kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Perdana Menteri sendiri.