Isu Rusia-Ukraine | Menteri Luar Jerman buat lawatan mengejut ke Kyiv
  • 2 tahun lalu
Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, kini berada di Kyiv dalam satu lawatan mengejut yang disifatkan beliau bagi menunjukkan Berlin menyokong Ukraine dalam pertempuran dengan Rusia.

Ia merupakan lawatan kedua beliau ke Ukraine, menyusul seminggu selepas lawatan Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal ke Berlin.