Cuti Sekolah | Ibu bapa waspada bawa anak ke kawasan rekreasi

  • 2 tahun lalu
Aktiviti riadah pada musim cuti sekolah tidak hanya memberikan masa berkualiti kepada keluarga tetapi jika tidak berhati-hati ia mampu mengundang bencana.

Malah ada saja tragedi yang menimpa hingga meragut nyawa yang sering kita dengar melalui laporan media walaupun asalnya bermula dengan aktiviti riadah mengisi waktu terluang di musim cuti persekolahan.

Astro AWANI meninjau sejauh mana peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka ketika musim cuti terutamanya membabitkan aktiviti air yang dianggap berisiko.