Banjir Baling | PPS Dewan Masjid Al Huda ditutup, mangsa dibenarkan pulang

  • tahun lalu
Pusat Pemindahan Sementara Masjid Al Huda Kampung Hangus ditutup petang Khamis selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah susulan cuaca cerah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata walaupun PPS itu ditutup, namun sekiranya hujan lebat dan mengancam keselamatan penduduk, mereka akan dipindahkan semula ke PPS.