Suara Rakyat | Walaupun tidak wajib rakyat tetap pakai pelitup muka

  • 2 tahun lalu
Walaupun kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka tetapi orang ramai masih mahu memakainya di tempat-tempat tertentu seperti di kawasan tertutup dan sesak.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga, bukan sahaja untuk mencegah COVID-19, malah untuk penyakit-penyakit lain juga.

Beberapa warga Ipoh yang ditemui mengakui, sukar untuk mereka melupakan terus pelitup muka kerana ia telah menjadi sebahagian norma baharu.