Pelan Pendigitalan | Tabika Kemas dibekalkan komputer riba
  • 2 tahun lalu
Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dibekalkan komputer riba, televisyen pintar dan jaringan jalur lebar secara berperingkat mulai tahun hadapan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun, ia selari dengan pelan pendigitalan negara dan akan diperkembangkan daripada semasa ke semasa.