Perpaduan & Sukan | KPN-SAM rai pengamal media dan atlet cemerlang

  • 2 tahun lalu
Menyemai semangat perpaduan menerusi sukan antara matlamat kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan penganjuran Anugerah 100plus Perpaduan SAM bagi tahun 2020/2021.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program itu secara tidak langsung turut merupakan medan pengiktirafan kepada atlet dan penggiat media sukan tanah air.