Teater Tanjong | Bangga jadi naskah pertama dipentaskan di Istana Budaya

  • 2 tahun lalu
"Dari Kuala Pilah ke Istana Budaya".

Kelab Teater Asar Negeri Sembilan bangga apabila karya teater Tanjong menjadi naskhah pertama yang akan dipentaskan di Istana Budaya selepas dua tahun tiada pementasan dilakukan di pentas berprestij itu.

Penolong Pengarah Teater Tanjong yang juga Timbalan Pengerusi KTA Md Fadhil Abdul Majid berkata peluang berkenaan sebagai satu penghargaan kepada warga Kuala Pilah itu sendiri.