Jenayah | Sepasang suami isteri ditahan edar dadah

  • 2 tahun lalu
Polis Johor menahan sepasang suami isteri dan merampas sejumlah dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai 214,300 ringgit dalam dua serbuan berasingan di Johor Bahru, antara 4 petang hingga 8.00 malam, pada Khamis lalu.

Lelaki dan perempuan warga tempatan yang berusia 42 dan 36 tahun itu ditahan ketika melakukan kegiatan pengedaran dadah di perkarangan tempat letak kereta, sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru.