PRU15 | Pas perlu tumpu kerjasama dengan Bersatu

  • 2 tahun lalu
Pas seharusnya memberikan tumpuan kepada Bersatu dan menghargai parti itu dalam usaha membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, Pas pada masa sama perlu menerima hakikat bahawa UMNO sudah memilih untuk bergerak solo dan tidak lagi perlu mengharap kepada gabungan Muafakat Nasional.