Kes Rasuah Solar | Tidak puas hati keputusan mahkamah, Rosmah kemuka rayuan

  • 2 tahun lalu
Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 70, memfailkan notis rayuan tersebut menerusi Tetuan Akberdin Co di mahkamah rayuan menerusi e-mel.