Tanah Adat Bumiputera | Lebih satu juta hektar kawasan di Sarawak disukat

  • 2 tahun lalu
Ketidaktentuan ekonomi dan inflasi tidak menganggu usaha kerajaan Sarawak dalam meneruskan Program Penyukatan Tanah Adat Bumiputera (NCR) di negeri itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setakat Julai 2022, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak menyukat secara perimeter dan individu lebih daripada 1.04 juta hektar kawasan di negeri itu.