Korporat | PETRONAS kembang kerjasama dengan syarikat minyak Argentina
  • 2 tahun lalu
PETRONAS menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat minyak Argentina YPF bagi mengukuhkan kerjasama dalam projek gas asli cecair bersepadu Argentina.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, kerjasama itu akan turut melibatkan sektor lain seperti segmen huluan, petro kimia dan penyelesaian tenaga bersih.