Kenyataan Rasis | Abdul Hadi hadir ke Bukit Aman beri keterangan
  • 2 tahun lalu
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Isnin hadir memberi keterangan polis berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berkaitan isu rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, Ahli Parlimen Marang itu yang hadir bersama peguamnya, telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.