Suara Rakyat | Projek gas dan loji janakuasa tingkatkan ekonomi penduduk

  • 2 tahun lalu
Projek pembangunan berintegrasi pusat gas dan loji janakuasa di Pulau Bunting yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Khamis ini, dijangkakan mampu memberikan impak besar kepada penduduk sekitar.

Menurut penduduk yang ditemui di Kampung Sungai Kering dan Kampung Kuala Sedaka menyatakan, impak ketara akan boleh dilihat dari sektor ekonomi masyarakat setempat khususnya dalam kalangan peniaga-peniaga kecil.