[TERKINI] Inflasi Malaysia catat 2.8% bagi tempoh Januari – Julai 2022

  • 2 tahun lalu
Kadar Inflasi Malaysia dalam tempoh Januari hingga Julai 2022 mencatatkan 2.8 peratus. Peningkatan itu selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2.2 hingga 3.2 peratus bagi tahun 2022. Peningkatan terbabit didorong oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alcohol sebanyak 4.8 peratus, pengangkutan 4.4 peratus serta restoran dan hotel 3.6 peratus.