Infrastruktur | Malaysia, Thailand setuju percepatkan projek di sempadan

  • 2 tahun lalu
Malaysia dan Thailand bersetuju menggerakkan usaha ke arah mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infratruktur khususnya di sempadan supaya aktiviti perdagangan dan hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara dapat dipertingkatkan untuk kesejahteraan bersama.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Thailand melihat kepentingan untuk memastikan projek-projek infrastruktur di sempadan diberi perhatian serius.

Disyorkan