PRU15 | Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama

  • 2 tahun lalu
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, kerjasama itu dapat menguatkan Warisan dan parti yang mewakili masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah.

Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Semporna itu, kerjasama itu tidak boleh dipaksa.