Tuduhan Pecah Amanah | Eksekutif kanan syarikat nafi seleweng minyak pelincir

  • 2 tahun lalu
Seorang bekas eksekutif inventori kanan sebuah syarikat petroleum terkenal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah dengan menyeleweng minyak pelincir kenderaan milik majikannya dua tahun lalu.

Tertuduh, Sheikh Izzuddin Sheikh Salleh, 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.