Jiwa SME | Kieda Crepe 'meletup' selepas viral di media sosial

  • 2 tahun lalu
Terpaksa bergelut mengumpul modal untuk memulakan perniagaan sendiri pada 2019 bukanlah penghalang kepada seorang ibu muda untuk bergelar usahawan hanya dalam tempoh dua tahun.

Bagi Siti Nor Khalieda Yusra Mohd Jais, 25, kekangan modal berikutan tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak sebaliknya menjadi pemangkin kepadanya untuk menghasilkan crepe ciptaan sendiri dinamakan Kieda Crepe.