YDP Melaka | PM dahului senarai, Amy Search terima gelaran Datuk

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena sambutan hari jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Ismail Sabri dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) pada istiadat yang berlangsung di Kompleks Seri Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.