Industri Dron | CAAM cadang pindaan peraturan penerbangan awam

  • 2 tahun lalu
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) bercadang memperkenalkan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bagi menambah baik dan mendokong industri penggunaan dron di negara ini.

Jelas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, CAAM juga akan memperkenalkan Sistem Pengurusan Trafik UAS (UTM System) bagi mengurus dan memantau keseluruhan aktiviti penerbangan dron.