Hakisan Pantai | 48.7 kilometer pantai di Terengganu berisiko
  • 2 tahun lalu
Kerajaan disaran mengenalpasti serta meneliti kaedah terbaik bagi mengatasi masalah hakisan di sepanjang pantai di Terengganu.

Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata kira-kira 48.7 kilometer kawasan pantai di Terengganu berisiko terhakis ke laut terutama pada musim tengkujuh.