Projek LCS | PAC cadang kerajaan laksana beberapa ketetapan

  • 2 tahun lalu
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memaklumkan telah menerima laporan pengauditan forensik berkaitan Review Of The LCS Programme yang dinyahklasifikasikan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh bagaimanapun meminta supaya Kabinet membuat ketetapan pada Mesyuarat Kabinet akan datang kerana selagi kesemua transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksaannya belum disiasat dengan mendalam, berkemungkinan fakta penting untuk pembuktian kelakuan jenayah akan ditinggalkan.