Minyak Masak Subsidi | Penetapan kadar baharu bagi kegunaan domestik dan eksport

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperincikan penetapan kadar baharu minyak masak bersubsidi bagi kegunaan domestik dan eksport dalam Mesyuarat Kabinet depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, perbincangan bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) sudah diadakan termasuk mengenai penetapan harga siling.