Industri 4.0 | Usahawan perlu sahut cabaran, jangan ketinggalan

  • 2 tahun lalu
Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu melakukan adaptasi pelbagai teknologi baharu khususnya teknologi pendigitalan revolusi industri 4.0 bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Teroka, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Mohd Hazani Hassan, segenap rangkaian ekonomi kini berdepan dengan revolusi industri 4.0 yang membawa pelbagai teknologi baharu.